Inilah orang PAS Melaka yang keluar parti.

 
Hancing! Kencing dalam seluar rupanya Ali Rustam ni. Tiba-tiba ada ahli PAS dan PKR keluar parti dari cawangan Pengkalan Batu. Pelik! Tadi gua jumpa dengan penduduk Pengkalan Batu dan mereka mengatakan tidak pernah wujud cawangan PAS dan PKR. Dulu memang ada tetapi telah lama berlalu. Gua fikir ini cawangan khas kot yang wujud. Ala cawangan khas (SB) yang duk intip ceramah Pakatan Rakyat.
Kata Ali Rustam 30 orang yang keluar parti. Gua pun cuba telefon guna Apple 4S gua untuk tanya orang PAS negeri. Mereka kata tidak ada pun ahli PAS yang ada. Mereka kata itu kawasan totok UMNO. Muka yang keluar dalam akhbar Melaka Hari Ini pun puak-puak yang dibayar. Berapa yang dia bayar, itu gua bagi tau sekejap lagi.
Sebenarnya majlis itu hanya untuk tutup isu yang berlaku dalam Melaka. Penduduk di situ pelik sebab ada majlis meraikan ahli PAS dan PKR keluar parti. Penduduk itu kata bahawa yang serah borang pun kawan baik mereka. Kantoi lagi Ali Rustam. Nak tahu kenapa Ali Rustam pilih kampung Pengkalan Batu? Sebab kampung itu kampung terbaik pelancongan yang penduduk di situ adalah ahli UMNO.
Ahli PAS yang keluar parti tapi yang serah borang tu orang kuat UMNO

Ahli PKR yang keluar parti tapi yang serah borang tu orang kuat UMNO
Adoi.. Pening gua layan Ketua Menteri Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka ni. Hang pa nak kenal dengan mamat-mamat wakil dari parti PAS dengan PKR? Jom gua tunjuk siapakah mereka yang memegang watak terbaik filem keluar parti dan serah borang. Mereka ialah dua ahli yang memang totok UMNO. Wakil PAS la kononnya Latif Bin Yatim dengan 30 penyokong PAS dan wakil PKR yang kononnya Said Abu dan 20 penyokong PKR.
"Otai PAS".. Haha. Muka pun macam dacing

"Otai PKR".. Haha. Muka pun macam keris
Gua sembang dengan kawan baik gua dalam PKR. Mereka kata tidak wujud pun PKR di Pengkalan Batu. Ini mungkin mereka marah dengan DAP, mereka guna PAS dan PKR untuk laga-lagakan parti. Maka telah terbukti Ali Rustam ini kaki kencing. Mungkin yang mengaku keluar parti itu saja-saja nak meriahkan akhbar Melaka Hari Ini.
Esok Ali Rustam jangan terkejut ada penduduk Bukit Baru masuk PAS dengan PKR. Mereka bukan keluar UMNO sebaliknya mahu jadi ahli PAS dan PKR. Sekitar 51 orang yang mahu masuk ahli Pakatan Rakyat. Ada penduduk Melayu kata tidak kisah siapa yang pimpin Melaka asalkan bukan keturunan UMNO. So, Lepas ini orang India akan pimpin Melaka.
Puak-puak UMNO ni. Jangan percaya dengan Ali Rustam. Muka-muka macam JKKK semua tu
UMNO mesti gelabah kalau orang India pimpin Melaka sebab ketuanan Melayu tumbang. Hahaha.. Biarlah tumbang. Ada orang Melayu pun lingkupkan negeri. Gua setuju kalau orang bukan Melayu perintah Melaka dari orang Melayu yang lingkupkan negeri. Pulau Pinang ok je. So, apa nak takut? UMNO Melaka lebih takut DAP dari takut Tuhan. Jaga-jaga UMNO.. Hahaha.
Terima kasih pada sahabat gua yang kerja dengan Melaka Hari Ini atas ihsan gambar yang diberikan. Gua bayar sekeping gambar RM50 pada mereka. Harga gambar lebih mahal dari harga Ali Rustam bayar untuk ahli-ahli baru dengan RM30 setiap kepala. Esok Gua mahu ajak kawan-kawan gua keluar UMNO masuk MCA.. Hahahah


Kijang59






p/s: Sebelum ni Datuk Ali kencing kat monyet dan kucing. -prk merlimau



0 Response to "Inilah orang PAS Melaka yang keluar parti."

Post a Comment

terima kasih

Note: Only a member of this blog may post a comment.

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme