Ali Rustam pindah kerugian pelaburan kepada Majlis Agama Islam Melaka



Ape lah nak jadi kat Melaka nih??
Dari satu isu ke satu isu (lihat posting BESAU sebelum ni).
Yang diperjuang MELAYU MELAYU MELAYU!!
Makin rosaklah Islam!

Lagi Institusi Agama Islam Melaka dimalukan!

Belum pun redha kes tangkapan YB Yazed Khamis (ADUN Rim) di pusat hiburan, kini ditambahkan pula dengan tindakan pekerja rendah am Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang meminta RASUAH SEKS!!  


Zullias Rasid Manan, 36 tidak mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.


Korang tau tak, apa kaitan antara YB Yazed dan Zullias ni?
Har har..

Dieorang ni orang yang berbeza. Cuma persamaannya adalah:
YB Yazed = Timb. Pengerusi Hal Ehwal Islam Melaka
Zullias = pekerja rendah am Majlis Agama Islam Melaka- MAIM

YB Yazed = Adun UMNO
Zullias = pekerja am rendah

YB Yazed = pernah bertanding Naib Presiden MAFA -bola sepak Melaka
Zullias = pernah main bola sepak

YB Yazed = ditangkap di pusat hiburan
Zullias = ditangkap kerana rasuah seks

Apa nak jadi dengan Melaka nih?
Dari dulu sampai sekarang asyik terpalit isu seks! Rogol! Rasuah!

Besau ingat, Datuk Ali dan Umno Melaka ni tak berjaya didik rakyat jadi orang yang baik.
Biau Besau je yang didik.. Buleh ka? :)


Takkanlah YB ditangkap di pusat hiburan!

Besau minta semua jenis tuduhan dan andaian yang dilemparkan kepada YB Yazed (ADUN RIM) ditarikbalik serta merta!
Kononnya YB Yazed ditangkap dalam OPS Tapis yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di pusat hiburan jam 2.45pagi.

Takkanlah YB Yazed yang dipilih oleh rakyat tu sanggup ke pusat hiburan sehingga jam 2.45 pagi?

Beliau adalah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri RIM, Melaka!
Beliau adalah wakil rakyat dari Barisan Nasional!
Beliau adalah TIMB. PENGERUSI JAWATANKUASA HAL EHWAL ISLAM NEGERI MELAKA!! Baru dilantik tahun 2011.
Beliau dipilih oleh rakyat untuk mewakili rakyat!
Beliau sangat prihatin terhadap nasib rakyat!!


Beliau orang kanan Datuk Ali!!
Mana mungkin beliau sanggup ke Pusat Hiburan sehingga jam 2.45pagi!
Mana mungkin beliau ditangkap dalam Ops Tapis!

Kalau betullah beliau ditangkap, maka tercalarlah maruah Hang Tuah Melaka.
Mane Besau nak letak muke??




YB Yazed - Timb. Pengerusi Jawatankausa Hal Ehwal Agama Islam Melaka 

PANAS!! YB Melaka bukan ada kelab.

Tahniah Datuk Gan Tian Loo!!
Exco Pelajaran Negeri Melaka.

Besau tengok banyak ucapan2 tahniah dan harapan diberikan kpd Datuk Gan Tian (bukan gantian).

Weh korang, dia ni la Exco Pelajaran Negeri Melaka.
Korang hantau anak pi belajau kat sekolah, dia ni le yang bertanggungjawab terhadap polisi dan pembangunan pendidikan Negeri Melaka.
Semestinyelah die ni orang yang bagus, berpendidikan. Kalau tak bagus, tak kan la Datuk Ali nak letakkan dia kat Exco Pelajaran Negeri Melaka!!

Sebelum ni, YB Datuk Hj Yaakub bin Md Amin yang pegang portfolio pendidikan. Tapi, Datuk Ali lebih percayekan Datuk Gan Tian Loo untuk pegang portfolio tuh! Transformasi lah.. 
Weh, korang sedar tak?? Siapa Datuk Gan Tian nih??

Ini Datuk bukan jenis "barang ganti". Ini Datuk ada kelas punye. Bukan ada KELAB!! Ada kelas!!
So, korang jangan la nak pikir yang bukan2.. Ok! 

Har har..

Lendu dah londeh

Lendu dah londeh!!
har har..
Itulah yang boleh Besau ungkapkan.
Umpama umnu yang dilondehkan seluau nye..

Besau berkesempatan pergi ke ceramah Mat Sabu malam tadi.
Besau terkejut, ramai yang datang tu.. Ader ler dalam 1000+ orang.

Besau datang dgn member. Bisik2 kot2 puak sane ade buat ceramah sebelah?
Besau tak yakin umnu Lendu akan buat ceramah sebelah sebab menurut pemerhatian Besau, umnu Lendu ni tak la dungu macam umnu area Bkt Katil. Dungu tahap gaban.

Tapi, bile Besau sampai lokasi ceramah, sememangnya keDUNGUan umnu tak dapat dibendung lagi. Ceramah sebelah menyebelah terus disuburkan demi menjamin kedunguan yang berterusan..
Ceramah Mat Sabu diganggu oleh ceramah umnu.

Har har..
Ni ler antara yg hadir ceramah Mat Sabu beb.. -dpt dr FB pesuruhjaya

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme