BESAU risau Melaka Gusau

 
 

 Teoh Beng Hock ditemui mati terjatuh di bangunan SPRM.

Kini, BESAU tertanya2 –
 
“Kepada siapakah yang boleh diharapkan supaya keadilan dapat ditegakkan dalam kes seumpama mendiang Teoh Beng Hock, Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed, mendiang A.Kugan dan yang terkini arwah Baharuddin?”
 
Nak mengadu pihak berkuasa, tetapi yang menyiasat juga ialah pihak berkuasa dan sang bacul.
 
BESAU pun tak tau nak cakap ape.
BESAU skrang susah nak terima hasil siasatan pihak berkuasa, terutamanya kalau pihak berkuasa yang menerima aduan turut terpalit dalam kes-kes tertentu untuk menghukum mereka sendiri.
 

Ahmad Sarbani ditemui mati di bangunan SPRM.
 
BESAU tau, paling kaw2 tubuhkan Suruhanjaya Diraja –
Tapi BESAU terfikir, kalau satu hari nanti Suruhanjaya Diraja juga hilang kewibawaan, kelamkabut nak tubuh Suruhanjaya Khas pulak.
 
 
BESAU bukan bodo..

Sekarang ni kerajaan boleh nak ubah nama institusi-institusi dengan pelbagai nama sekalipun, namun hakikatnya semua itu hanyalah perubahan komestik. Realitinya sistem negara telah punah kerana ia dipimpin oleh Umno Barisan Nasional yang telah punah struktur asasnya.
 

Kematian A Kugan semasa dalam tahanan polis.
 
 
BESAU fikir, Kepincangan serius ni menuntut sesuatu tindakan untuk dilakukan segera agar institusi-institusi yang disandar rakyat bagi menuntut keadilan dan hak mereka dapat terus diyakini.

BESAU nak ingatkan pemuda2 semue, keadilan hanya dapat diperolehi daripada satu sistem yang adil dengan syarat sistem yang adil tersebut dilaksana oleh pimpinan yang adil. Itu sahaja..
 
BESAU harap, pemuda2 sudah bersiap sedia untuk melangkah ke arah perubahan dalam PRU ke 13 nanti.
 
BESAU bersame orang mude Melaka..

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme