JKKK: "Ko mengadu la kat Ali Rustam"

Aliran air ke kawasan rendah di Bukit Katil.


Sebelum mule bicare, BESAU nak tanya korang.
Korang penah mandi lumpur??


Haha.. BESAU pun tak penah mandi lumpur.


Tapi, tu la yang berlaku kat penduduk kampung ni.
Jalan Tun Hamzah, berhampiran Bukit Katil.


Kejadian banjir lumpur bermula sekitar 2007.
Kejadian banjir ni dipercayai berpunca daripada:
1. Pembinaan kawasan perumahan
2. Sistem pemparitan yang tidak sempurna dan tidak terancang.


BESAU pun heran..


Mengapa banyak tapak perumahan baru dibuat, sedangkan sistem perparitan tak begitu sempurna.
Korang tengok saje gambar di atas.
Jelas menunjukkan bahawa saliran air tidak diurus dengan baik oleh pemaju perumahan.


Air dibiarkan mengalir ke kawasan tanah rendah.
Korang bayangkan kalau hujan lebat!!
Apa nak jadi dengan perkampungan di kawasan tanah rendah tu??





Antara contoh tindakan tidak bertanggungjawab pemaju perumahan. Saliran air dibiarkan mengalir ke kampung kawasan tanah rendah. 


BESAU tak dapat bayangkan kesedihan malapetaka yang menimpa penduduk-pendudk di kampung tersebut.


Tinjauan mendapati, di kampung berkenaan terdapat jalan yang digunakan oleh pelajar-pelajar sekolah agama. Difahamkan bahawa jalan tersebut tidak boleh digunakan ketika hujan lebat kerana ditenggelami air (gambar bawah).






Jalan yang menghubungkan kawasan kampung dengan sekolah agama itu akan ditenggelami air ketika hujan lebat. 



Bangunan tambahan sekolah agama.




Hal ini diburukkan lagi dengan keadaan parit yang tidak terurus dan dipenuhi semak.

Keadaan longkang yang tidak terurus dan dipenuhi semak.


BESAU difahamkan, penduduk kampung telah beberapa kali membuat aduan kepada JKKK, malah wakil rakyat. Namun, JKKK hanya mencadangkan penduduk buat laporan terus kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam.

HA HA HA!!!
BESAU gelak BESAU!!

Ape punye bengap JKKK. Ko dah dilantik jadi wakil masyarakat kampung, buat le keje sepatutnya.
Ini tidak, ko suruh pulak orang kampung pegi mengadap Ketua Menteri??

BESAU tertanye-tanye jugak, siapa JKKK kampung YANG BENGAP tu??

BESAU pun jenis terdidik.
BESAU tak sanggup melihat kesedihan penduduk kampung berterusan.


BESAU pun tau, siapelah BESAU ni.
Harap JKKK tu teliti cadangan-cadangan yang bernas dari BESAU:
1. Buat kolam tadahan air. (seperti yang biasa dibuat di kawasan2 seperti kampung ni)
2. Buat sistem perparitan yang lebih sempurne.



JANGAN TUNGGU PRU-13 BARU TERHEGEH-HEGEH NAK BUAT!!

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme