Caj Parking Melaka Sentral 'MEMBUNUH'!

Tak patut.. Tak patut..

Kisah berlaku di Melaka Sentral, Bandar Melaka, Bandaraya Warisan Dunia, Bandar Teknologi Hijau, Melawat Melaka bererti Melawat Malaysia, Melaka Ku Sayang (entah ape lagi slogan)..

BESAU berjalan ke MyDin lama, Plaza Melaka Sentral. Mungkin ada barang yang dicari di situ.Tambahan lagi, nak 'tolong' deretan kedai hatta MyDin yang kian sepi-menyepi dari pelanggan.

Dengan menunggang motosikal, BESAU terkejut besau apabila dengan bermotosikal pun turut dikenakan caj RM1.

BESAU amat tidak bersetuju atas tindakan YASA Maintenance and Services mengenakan caj kepada penunggang motosikal kerana sebab2 di bawah:
1. Caj yang dikenakan tinggi.
2. Tiada servis tambahan rentetan dari caj RM1 yang dikenakan. (Lain la diletakkan parking berbumbung / berkunci). Langsung tiada servis tambahan!
3. MEMBUNUH peniaga-peniaga di Plaza Melaka Sentral.
4. Kawasan keliling tapak parking yang tidak dikemaskini. Terdapat 'laluan tikus'. Penunggang motosikal bebas mencuri masuk.
5. Tiada kaunter yang lebih mesra pengguna. Hanya menggunakan payung pasar malam sahaja untuk mengutip 'tol' (bagi penunggang motosikal).

BESAU yakin, penunggang2 lain pun turut tidak berpuas hati atas apa yang berlaku.






Maka akan bertambah suram dan sepi lah Plaza Melaka Sentral..

0 Response to "Caj Parking Melaka Sentral 'MEMBUNUH'!"

Post a Comment

terima kasih

Note: Only a member of this blog may post a comment.

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme