Che Det Meroyan


Aku mencari jalan sebenar.. Haha..



Haha.. BESAU tengok Che Det semakin merapu, mendakwa PAS alat DAP.

Che Det dakwa kewujudan PAS menyebabkan orang Melayu berpecah. BESAU nak tanya balik kepada Che Det, kenapa Umno diwujudkan pada tahun 1946, sedangkan sudah ada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)  1945 yang mewakili orang Melayu.
Menunjukkan Umno adalah parti yang ditubuhkan untuk memecah belah orang Melayu atas restu penjajah. 

Buktinya, kenapa Umno tidak diharamkan ketika Ordinan Darurat 1948 sehingga semua parti yang tidak sealiran diharamkan seperti PKMM dan Hizbul Muslimin.
BESAU bertambah geli hati pabila Che Det memuji perjuangan PAS zaman Dr Burhanudin Helmi dan Datuk Asri, kerana perjuangan mereka betul.
Bukankah beliau orang yang bertanggungjawab sehingga PAS ditendang daripada BN, ketika krisis politik di Kelantan. Beliaulah orang yang diamanahkan oleh Umno untuk menyelesaikan kemelut tersebut, akhirnya PAS ditendang kerana menentang undang-undang  darurat di Parlimen. Bukankah waktu itu PAS dipimpin oleh Datuk Asri Muda? Kenapa sekarang baru memuji  Datuk  Asri?
Haha..

0 Response to "Che Det Meroyan"

Post a Comment

terima kasih

Note: Only a member of this blog may post a comment.

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme