Tol Bas Ekspress Dinaikkan!! Oh UMNO Ku..


Berikan kepada kami khabar gembira wahai kerajaan Malaysia.. :(

Rakyat membantah langkah kerajaan  menarik balik pemberian subsidi  tol 50% kepada pengusaha bas ekspres sejak 15 Januari 2011.

Akibatnya pengusaha bas akan menaikkan tambang. Ini  akan membebankan rakyat bawahan yang memang sedia terbeban dengan kesempitan kewangan angkara rasuah, boros dan tidak berhemah oleh pemimpin BN.

Rakyat mendesak  kerajaan perlu mengkaji balik tindakan menarik semula diskaun tol kerana  kepentingan rakyat berpendapatan rendah.

Rakyat baru sahaja menerima bahana  kenaikan tambang bas sebanyak 30 peratus  kerana kenaikan harga minyak. Berapa peratus pula rakyat perlu bayar tambang dengan penarikan diskaun tol nanti.

Rakyat tidak mahu isu naik tambang bas ekspres, kerajaan akan marah kepada pengusaha bas. Pada hal mereka terpaksa berbuat demikian kerana kos meningkat.

0 Response to "Tol Bas Ekspress Dinaikkan!! Oh UMNO Ku.."

Post a Comment

terima kasih

Note: Only a member of this blog may post a comment.

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme