Pemimpin UMNO Melaka terlibat dadah?



JASIN – Seorang anak Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dijatuhi hukuman dengan RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana kesalahan memiliki satu paket dadah, Mac lalu.
Majistret Siti Suriatey Mohamed Yusoff menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Rozameer Anwar Ghazale, 26, selepas tertuduh mengaku bersalah.

Mengikut pertuduhan, ketika pemeriksaan, tertuduh didapati memiliki satu paket mengandungi bahan hablur jenis methamphetamine dengan berat bersih 0.17 gram di Rumah Awam Rim, di sini, pada 18 Mac lalu kira-kira jam 10.30 pagi.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama. Terdahulu, dalam rayuannya, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon supaya hukuman ke atasnya diringankan.

Bagaimanapun, Tim­balan Pendakwa Raya, Nurul Badariah Yusof memohon supaya mahkamah mengenakan hukuman setim­pal. Siti Suriatey mengarahkan tertuduh didenda RM1,500 dan sekiranya gagal membayarnya, boleh dipenjara empat bulan.

Sumber dan diubah: Sinar

 (gambar bawah adalah Anwar Ghazale, ADUN Serkam - UMNO)

Gambar Menarik sekitar Melaka

Hari ni BESAU jalan2 cari makan ke sekitar Melaka..
Ni BESAU nak kongsikan gambau2 yang menarik..
Smoga peminat2 BESAU akan terhibur..

Hehe..

1. Bar dan Night Club subur di Bandar Hilir.
Terbaru, Night Club Movida.
Lokasi: Berhadapan Mahkota Parade, Bandar Hilir


2. Aduan jalan yang tak kene tempat. Inilah masalah kalau tak tau prosedur. 
Lokasi: Jalan Kenanga, Melaka Raya
 

3. Apa perbezaan tempat wuduk ini? 
-Lokasi: Masjid Selat Melaka


 4. Masjid Selat Melaka


5. Kiosk Masjid Selat Melaka
 

6.1  Kenderaan sesak walaupun traffic light 'hijau' . 6 kali hijau pun masih tak bergerak. Rupa2nya TYT nak lalu..
Lokasi: Traffic light Masjid al-Azim
 


6.2 Jalan yang sesak. Keutamaan diberikan kepada TYT Melaka.



7. Banner sambutan hari deepavali oleh Gerakan. Senang digantung tanpa permit. 
-Lokasi: Digital Mall, Melaka. 



 8. Mungkin ini yang dibanggakan oleh Datuk Ali Rustam.
Pelancong yang berakhlak dan berdisiplin. Welcome to Malaysia.. :)
-Lokasi: Kota Laksamana

Buku lucah diedar di sekitar bandar Melaka




BESAU tengok Datuk Ali ni dah semakin sasau pun ada.

BESAU gerenti, sebelum ni Melaka diKEJUTkan dengan pelanjutan operasi pusat hiburan sehingga jam 3 pagi. BESAU tengok kebangkitan rakyat Melaka yang berang dengan keputusan kerajaan negeri di bawah kepimpinan Datuk Ali telah berdemonstrasi di tempat-tempat panas!!

Tidak cukup dengan itu, BESAU bongkar lagi apakah sebenarnya Datuk Ali Rustam inginkan! Haha..

Kerajaan pimpinan Datuk Ali Rustam arRasuah terus menggalakkan maksiat dan lucah!!
Lihat gambar...

Ini antara majalah yang BESAU istilahkan sebagai buku lucah.





Buku majalah ni dah diedarkan di kawasan2 perumahan sekitar bandar Melaka.

Wa.. Memang masyuk ini macam woo... Gambo aweeekss.

Bila BESAU belek dalam buku lucah ni, BESAU jumpa lagi gambo2 lucah!





Dah2.. Cukup la tu weh..
Banyak dosa mata..
Hm..
Ada orang kata, "Majalah ni bukannya Datuk Ali Rustam yang terbitkan. Apa aku kisah!!"
BESAU tau, majalah ini adalah iklan.
Iklan ini pula diterbitkan oleh syarikat swasta.

BESAU bukan ape.
BESAU risau kat anak2 BESAU. Bayangkan kalau kecik2 lagi boleh terliur dengan gambar2 yang menggiurkan.. Jangan sampai terkeluar air lior. Haha..

Nak buat iklan buatlah molek sikit. Boleh je buat macam ni..

iklan dalam majalah yang sama..
 
BESAU gerenti, kalau perkara ni berterusan, nescaye Sekolah Harapan gagasan Datuk Ali tidak mampu menampung kapasiti pelajar yang sentiase menambah.

Ok, sekarang BESAU nak bawak kisah yang berlaku kat negeri yang dikatakan mundur nih..



Mungkinkah modus operandi kepimpinan Datuk Ali Rustam telah bertukar kepada "Projek didahulukan, lucah diutamakan".

Haha..

Lastly, BESAU nak cadangkan kat kerajaan negeri, bawah pimpinan Datuk Ali Rustam arRasuah:
1. Kawal pengiklanan, letakkan larangan mengiklan 'kurus badan' pada muka pertama dan terakhir majalah. Supaya tak dilihat secara terus.
2. Letakkan syarat2 pengiklanan dengan menghadkan pameran tubuh model.

Tak banyak. BESAU cadangkan 2 ni je setakat ni..


BESAU orang MUDE MELAKA!!

MBMB pilih bulu terbaik!




Tiada istilah yang lebih sesuai untuk BESAU gambarkan kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarh (MBMB). Dalam banyak2 bulu, MBMB akan memilih 'bulu' yang paling lumayan bayarannya, "ko dapat bulu, aku dapat bulu", "ko papa, aku pancung". Apa sejadahnya MBMB buat undang2 rimba yang 'double standard'?

Ini yang berlaku di Melaka.
BESAU pun berniaga jugak. Tapi BESAU pun ada hati dan perasaan.
Kalau BESAU kene follow da rule, kene ikut undang2, apsal 'bulu'2 ni ikut suke hati langgau undang2. Dan tak dikenakan tindakan?

BESAU pun nak tau, ape jenis 'bulu' yang MBMB giurkan.
Haha..







MELAKA 9 Nov. – Aduan telah banyak kali dibuat, keluhan pengguna pun sudah muak disiarkan, tetapi situasinya tetap sama.

Soalnya, mengapa tindakan tidak diambil oleh pihak berwajib walaupun kesalahan yang dilakukan, ibarat sudah terang lagi bersuluh.

Pemandangan kerusi dan meja yang dipasang 24 jam di kaki-kaki lima seperti sudah menjadi perkara biasa sejak bertahun-tahun lalu di sekitar Melaka Raya, terutamanya Jalan Melaka Raya 4.

Yang peliknya, pihak berkuasa tempatan (PBT), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sudah mengakui, tindakan itu memang menjadi satu kesalahan.
“Kita memang tidak mengeluarkan lesen untuk membolehkan peniaga meletakkan apa-apa halangan seperti kerusi dan meja makan di kawasan kaki lima premis. Ia memang menjadi satu kesalahan.

Itu penjelasan ringkas yang diberikan Setiausaha MBMB, Azmi Hussein apabila masalah yang bukan baru itu diadukan wartawan Utusan Malaysia kepadanya baru-baru ini.

Azmi lantas terus menghubungi anggota penguatkuasanya bagi memeriksa aduan tersebut.

Sebelum ini pun, berpuluh-puluh cerita mengenai halangan yang dilakukan pemilik-pemilik restoran ini dengan meletakkan meja dan bangku di laluan pejalan kaki disiarkan media.

Tidak cukup dengan siaran di akhbar, kisah sama ini diadukan pula secara terus kepada pegawai yang berkenaan.

Namun, apa yang dikesalkan, sehingga kini, tiada sebarang tindakan diambil terhadap peniaga terbabit.

Agak lucu pula, apabila tiga atau empat buah motosikal yang diletakkan di kaki lima yang langsung tidak menghalang lalu lintas pula yang dikompaun.

Sedangkan pada masa sama, pengusaha restoran yang melakukan kesalahan itu terus bermaharajalela.

Pejalan kaki pula, yang sepatutnya mempunyai hak menggunakan kaki lima premis itu terpaksa berkongsi laluan dengan pengguna jalan raya sekali gus terdedah kepada kemalangan sekiranya dilanggar kereta ataupun motosikal.

Selain terdedah kepada cuaca panas atau hujan, lebih malang, pejalan kaki juga berisiko menjadi mangsa ragut.

Daripada aspek kebersihan pula, golongan peniaga juga didapati mengotorkan kawasan luar premis kedai dengan air basuhan pinggan mangkuk atau barangan perniagaan mereka.

Keadaan ini juga mencacatkan pemandangan indah bandar Melaka kerana ia secara tidak langsung mewujudkan ketidakseragaman premis perniagaan apabila bunting, bumbung dan payung dipasang sesuka hati.

Mungkin pihak berkuasa telah mengambil tindakan, tetapi sampai bilakah jawapan ‘terdapat peniaga yang masih berdegil walaupun telah beberapa kali dikompaun’ perlu diberikan?

Atau ‘akan mengambil tindakan lebih tegas dengan merampas barangan peniaga yang masih berdegil’, tetapi hakikatnya, peniaga terus beroperasi siang dan malam tanpa rasa takut.

Justeru, adalah diharap agar Datuk Bandar MBMB sendiri turun padang melihat situasi sebenar dan melihat sendiri kerakusan para peniaga merampas laluan pejalan kaki demi keuntungan mereka.

Sila bace sumber la bro...

UTeM sekarang antara terbaik DUNIA??

UTeM antara universiti terbaik di dunia?

BESAU tergelak besau dengar kenyataan ni. Tapi dalam hati la..
Sebab BESAU tak tau ape sebab mat Arab tu cakap macam tu.

Setahu BESAU, Universiti Malaya merupakan antara universiti yang termahsyur di Malaysia. Itu pun ranking universiti tersebut sudah semakin menurun mutakhir ini.
BESAU nak tanya, UTeM ranking ke berapa dunia?

Haha..
Tapi, yang pasti, Datuk Ali Rustam merupakan manusia paling gumbire dengan kenyataan mat Arab tu. Mane taknye, Melaka beb..

Walau ape pun, BESAU bersikap profesional.
Tahniah lah atas pengiktirafan yang diberikan. Semoga UTeM betul2 menjadi antara terbaik di dunia.


Lagi, baca sumber

Malaysia - Israel Akrab!


RAMAI yang mempersoalkan bagaimana kontena milik sebuah syarikan Israel, ZIM boleh bergerak bebas di Malaysia, sedangkan negara ini tiada hubungan diplomatik dengan Israel.

MiLo SuaM turut menyiarkan gambar sebuah kontena ZIM yang dibawa oleh sebuah treler menggunakan nombor pendaftaran Malaysia (JHE 3553) rujuk sini [Kontena Israel].

Persoalan itu terbongkar apabila sebuah dokumen rasmi di laman sesawang Kesatuan Eropah, EU mendedahkan bahawa pada tahun 2010, Malaysia merupakan antara rakan dagang utama Israel.

Dokumen PDF tersebut menunjukkan bahawa Malaysia menduduki tangga ke 15 sebagai The Major Trade Partner 2010 dengan Israel.

Sumber: http://trade.ec.europa.eu/doclib/docs/2006/september/tradoc_113402.pdf



Di depan rakyat, seolah-olah negara ini anti-Israel, tiada hubungan dengan Israel, malah tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara.

Tidak cukup dengan itu, jika dirujuk kepada pasport antarabangsa, Malaysia melarang rakyat untuk melancong ke Israel. Namun dalam diam-diam, di belakang rakyat, Malaysia merupakan rakan dagang utama Israel.

Pemimpin Malaysia juga berpura-pura lantang menghentam dan mengkritik Israel selain membawa imej anti-Israel, tapi sebaliknya membuat hubungan dagang "pintu belakang" dengan negara Zionist itu.

"Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani selama-lamanya tidak akan redha kepada kamu sehinggalah kamu mengikut agama mereka." (Surah al-Baqarah ayat 120)

Depan rakyat jadi Hero Palestin, belakang rakyat jadi Hero Yahudi!


Sumber

JKKK: "Ko mengadu la kat Ali Rustam"

Aliran air ke kawasan rendah di Bukit Katil.


Sebelum mule bicare, BESAU nak tanya korang.
Korang penah mandi lumpur??


Haha.. BESAU pun tak penah mandi lumpur.


Tapi, tu la yang berlaku kat penduduk kampung ni.
Jalan Tun Hamzah, berhampiran Bukit Katil.


Kejadian banjir lumpur bermula sekitar 2007.
Kejadian banjir ni dipercayai berpunca daripada:
1. Pembinaan kawasan perumahan
2. Sistem pemparitan yang tidak sempurna dan tidak terancang.


BESAU pun heran..


Mengapa banyak tapak perumahan baru dibuat, sedangkan sistem perparitan tak begitu sempurna.
Korang tengok saje gambar di atas.
Jelas menunjukkan bahawa saliran air tidak diurus dengan baik oleh pemaju perumahan.


Air dibiarkan mengalir ke kawasan tanah rendah.
Korang bayangkan kalau hujan lebat!!
Apa nak jadi dengan perkampungan di kawasan tanah rendah tu??





Antara contoh tindakan tidak bertanggungjawab pemaju perumahan. Saliran air dibiarkan mengalir ke kampung kawasan tanah rendah. 


BESAU tak dapat bayangkan kesedihan malapetaka yang menimpa penduduk-pendudk di kampung tersebut.


Tinjauan mendapati, di kampung berkenaan terdapat jalan yang digunakan oleh pelajar-pelajar sekolah agama. Difahamkan bahawa jalan tersebut tidak boleh digunakan ketika hujan lebat kerana ditenggelami air (gambar bawah).






Jalan yang menghubungkan kawasan kampung dengan sekolah agama itu akan ditenggelami air ketika hujan lebat. 



Bangunan tambahan sekolah agama.




Hal ini diburukkan lagi dengan keadaan parit yang tidak terurus dan dipenuhi semak.

Keadaan longkang yang tidak terurus dan dipenuhi semak.


BESAU difahamkan, penduduk kampung telah beberapa kali membuat aduan kepada JKKK, malah wakil rakyat. Namun, JKKK hanya mencadangkan penduduk buat laporan terus kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam.

HA HA HA!!!
BESAU gelak BESAU!!

Ape punye bengap JKKK. Ko dah dilantik jadi wakil masyarakat kampung, buat le keje sepatutnya.
Ini tidak, ko suruh pulak orang kampung pegi mengadap Ketua Menteri??

BESAU tertanye-tanye jugak, siapa JKKK kampung YANG BENGAP tu??

BESAU pun jenis terdidik.
BESAU tak sanggup melihat kesedihan penduduk kampung berterusan.


BESAU pun tau, siapelah BESAU ni.
Harap JKKK tu teliti cadangan-cadangan yang bernas dari BESAU:
1. Buat kolam tadahan air. (seperti yang biasa dibuat di kawasan2 seperti kampung ni)
2. Buat sistem perparitan yang lebih sempurne.



JANGAN TUNGGU PRU-13 BARU TERHEGEH-HEGEH NAK BUAT!!

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme