UMNO Melaka memperDUNGUkan diri sendiri

Datuk Ali perlu bertanggungjawab
atas apa yang dilakukan oleh anak buahnya.


BESAU seorang yang terpelajar
BESAU tak mahu rakyat Negeri Melaka ni terus diperbodoh dengan tindakan UMNO Melaka.
BESAU sayang Melaka.

Satu lagi ke'dungu'an UMNO Melaka yang BESAU dapat kesan terserlah melalui laman web rasmi Adun Kerajaan Negeri Melaka [Klik]. 

Bandingkan laman web rasmi Adun Kerajaan Negeri Melaka, Perlis dan Kelantan.

Kenapa BESAU bising2?
Inilah faktor yang membuatkan BESAU bising2. UMNO Melaka dilihat terus memperbodohkan diri sendiri:

1. Laman web rasmi Adun Kerajaan Negeri Melaka tidak memperkenalkan barisan Adun dari Parti Pembangkang. Adakah Melaka sifar Pembangkang? Lihat gambar di bawah.


Padahal lima orang wakil DAP menang kerusi DUN dalam PRU 2008. Malah telah berkhidmat untuk Dun sehingga sekarang (2011).


2. Kerajaan Melaka di bawah kepimpinan Datuk Ali Rustam bertindak menggunakan hak Kerajaan negeri Melaka untuk kegunaan UMNO!! Laman web rasmi kerajaan Negeri Melaka dibuatnya seperti laman web UMNO. Lihat bawah..



Yang peliknya, tiada pulak link MCA dan MIC kat laman ni. Datuk Ali Rustam sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak buahnya.

BESAU bawakkan contoh laman web rasmi Adun dari beberapa negeri.
Bandingkan dengan laman web rasmi Adun Negeri Melaka.

Portal rasmi Adun Kerajaan Perlis.
ADUN PAS dipamerkan dan diperkenalkan.
Malah tiada salah guna kuasa (meletakkan pautan Parti UMNO) pada portal.
Tahniah Kepimpinan Kerajaan Negeri Perlis.


Portal rasmi Adun Kerajaan Negeri Kelantan. 
Adun UMNO dipamerkan dan diperkenalkan.
Tiada tanda salah guna kuasa (pautan PAS) di laman web berkenaan.
Tahniah Kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan. 


BESAU dah meneliti portal-portal rasmi kerajaan negeri yang lain.
Tiada isu salah guna kuasa dengan meletakkan pautan UMNO dalam laman rasmi kerajaan negeri.
Tahniah BESAU ucapkan. 

Cuma UMNO Melaka dilihat begitu terkehadapan dalam memperBODOHkan diri sendiri. Kemudian cuba untuk memperbodohkan rakyat dengan menyampaikan maklumat yang salah.

Tak tahu lah, mungkin UMNO dah terbiasa 'merompak' wang rakyat, menyeleweng wang zakat dan seumpama dengannya, menyebabkan kepimpinan UMNO Melaka tidak rasa bersalah menggunakan harta kerajaan untuk kepentingan parti.

BESAU memberi peluang kepada unit yang berkenaan, sila perbetulkan fakta dan jangan terus-menerus memperBODOHkan rakyat. 

BESAU yakin, rakyat Melaka sekarang semakin celik dan bijak untuk menilai..







Bas mewah Najib dan Rosmah

BATU GAJAH – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini teruja dengan pengalaman pertamanya menaiki bas dalam rangka lawatan kerjanya ke Perak bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor serta anggota rombongan yang lain.

“Very interesting, kita cuba konsep “Bus Tour”… setakat ini saya rasa seronok sebab dalam bas ini suasananya cukup mesra dan riang kerana bersantai.

“Kita asyik bergurau antara satu sama lain, dan tidak rasa letih. Dalam perjalanan, banyak perkara yang boleh dibincangkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival 1Malaysia di Tanjung Tualang di sini hari ini.

Menurut Najib, pihaknya akan melihat kemungkinan untuk terus menggunakan konsep lawatan kerja menggunakan bas pada masa akan datang kerana ianya berbeza dan menyeronokkan.

Lima buah bas digunakan dalam lawatan kerja Najib ke Perak itu bermula dari Ipoh ke Gopeng sehingga ke Sungai Siput sejauh kira-kira 50 km untuk bertemu rakyat pelbagai bangsa termasuk masyarakat Orang Asli di Lasah, Sungai Siput.

Turut serta dalam rombongan itu ialah Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. – BERNAMA


BESAU puji tindakan pantas JKR Melaka

Besau puji tindakan pantas JKR Negeri Melaka membaiki jalan yang rosak di Jalan Bukit Katil, berhadapan dengan JPJ Bukit Katil. Rakaman di bawah di ambil pada 21 September, 11.30 malam.

Situasi lalulintas yang hampir menyebabkan kemalangan.


Keesokan harinya, JKR Melaka bertindak membaiki jalan.


 JKR Melaka sedang membaiki jalan di Jalan Bukit Katil, berhampiran JPJ Bukit Katil.


p/s: Semoga jalanraya di negeri Maju ini tahan dan tidak mudah rosak...

Caj Parking Melaka Sentral 'MEMBUNUH'!

Tak patut.. Tak patut..

Kisah berlaku di Melaka Sentral, Bandar Melaka, Bandaraya Warisan Dunia, Bandar Teknologi Hijau, Melawat Melaka bererti Melawat Malaysia, Melaka Ku Sayang (entah ape lagi slogan)..

BESAU berjalan ke MyDin lama, Plaza Melaka Sentral. Mungkin ada barang yang dicari di situ.Tambahan lagi, nak 'tolong' deretan kedai hatta MyDin yang kian sepi-menyepi dari pelanggan.

Dengan menunggang motosikal, BESAU terkejut besau apabila dengan bermotosikal pun turut dikenakan caj RM1.

BESAU amat tidak bersetuju atas tindakan YASA Maintenance and Services mengenakan caj kepada penunggang motosikal kerana sebab2 di bawah:
1. Caj yang dikenakan tinggi.
2. Tiada servis tambahan rentetan dari caj RM1 yang dikenakan. (Lain la diletakkan parking berbumbung / berkunci). Langsung tiada servis tambahan!
3. MEMBUNUH peniaga-peniaga di Plaza Melaka Sentral.
4. Kawasan keliling tapak parking yang tidak dikemaskini. Terdapat 'laluan tikus'. Penunggang motosikal bebas mencuri masuk.
5. Tiada kaunter yang lebih mesra pengguna. Hanya menggunakan payung pasar malam sahaja untuk mengutip 'tol' (bagi penunggang motosikal).

BESAU yakin, penunggang2 lain pun turut tidak berpuas hati atas apa yang berlaku.






Maka akan bertambah suram dan sepi lah Plaza Melaka Sentral..

Bongkar Lawak UMNO dalam Sejarah.

 



BESAU nak pesan, jangan sesekali bersekongkol dengan penjajah!

Meh sini BESAU kongsi lawak puak-puak BN...
  • Semua fakta sejarah yang bersama Inggeris dikekalkan.
  • Nama-nama parti politik masih menggunakan bahasa penjajah (Umno, MIC, MCA – semua adalah singkatan bahasa Inggeris)
  • Masih bangga dan berulang-ulang menyebut “Kamilah pejuang bangsa, Kamilah pembela tanahair”. Sekarang, dah tukau pulak da.. “Kami sahajalah pejuang bangsa, Kami sahajalah pembela tanahair” sehingga mengabaikan dan menggugurkan jasa para pejuang lain yang tidak diiktiraf pihak Inggeris.

Itu satu hal, ni BESAU nak tunjuk pulak puak-puak BN dalam bab nak jaga Islam. 

Selepas 54 tahun merdeka, Islam bukan sahaja tidak bertambah harum, malah kian dilihat sebagai agama yang menghalalkan rasuah dalam pentadbiran, penyalahgunaan kuasa demi kekal berkuasa, rakyat didahulukan untuk disembelih apabila ekonomi negara disalahtadbir dan perundangan Islam hanya berlegar soal peribadi dan kekeluargaan. 

BESAU tambah lagi, 

bukan itu je, majoriti institusi agama habis dikongkong untuk mengembangkan ajaran Islam. Macam-macam jenis enakmen direka yang menyusahkan dan akhirnya agama Islam ditertawakan.

Cukuplah UMNO diketawakan. Jangan la Islam pun dibiarkan setempat dengan UMNO.

Ni BESAU nak tanye sikit..

Bangga tak 54 tahun merdeka? Tapi, isu-isu utama seperti soal perpaduan kaum, soal agama dan dasar pendidikan nasional dan soal memartabatkan bahasa kebangsaan masih teraba-raba mencari jalan keluar?


Akhir sekali, BESAU menyeru kepada pembaca agar dapat gelak bersame-same..
Hahahahaha...

Sibuk-sibuk nak lucutkan kerakyatan, perbanyakkan laporan polis dan sumbatkan dalam ISA. Ini dibuat hanya sebab bercanggah pendapat dengan pihak pemerintah UMNO.

BESAU tengok dah jadi trend daaaa... Jadi budaya baru dalam negara. Segalanya dibuat seperti UMNO lah undang-undang, dan UMNO lah pendakwa dan UMNO lah juga hakim.

Ni, kes nak gugurkan kerakyatan Mohamad Sabu. Pasal ape??
Beliau mengangkat Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. Takde pulak kedengaran, ada yang menyarankan mereka yang terlibat dalam konspirasi memberikan kerakyatan kepada warga asing dengan sewenang-wenangnya, yang terang-bederang khianat kepada negara selepas 54 tahun merdeka untuk dibuang kerakyatan?


Dan satu lagi lawak BESAU....
Kah kah..

Sekiranya perlu Mat Sabu digugurkan kerakyatan kerana anggap Mat Indera sebagai seorang hero, macam mana pulak dengan penulis dan pakar sejarah yang menerbitkan buku "Pengukir Nama Johor", yang dikatakan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman sebagai “penulisan dan catatan tersebut menjadi bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik untuk memperkayakan khazanah maklumat dan rakaman peristiwa sejarah kemerdekaan untuk tatapan dan pengetahuan generasi sebagai iktibar, panduan dan peringatan” yang mengangkat Mat Indera juga sebagai hero.

Hahaha...
Lu pikirlah sendiri..

BESAU nak sambung keje..

Salam Lebaran, ikhlas dari BESAU.


JAIS: BESAU bongkar lawak BN

BESAU heran, 
dalam keseronokan Umno menyerang PAS isu JAIS, rakyat masih tertanya-tanya apakah pendirian Umno dalam isu ini pula?
Haha.. BESAU tak mudah lupa..
BESAU masih ingat, bile rakan terbaik Umno, MCA nak saman kerajaan Kelantan dalam isu haramkan judi, sekarang secara terbuka mengutuk tindakan Jais dalam menyiasat Gereja.


Gambar ini ditaja oleh bN.

Haha.. Ape kes ni? 
Chua Soi Lek berkata lagi, "JAIS yang terletak bawah bidangkuasa exco PAS (Hassan Ali) perlu beri penjelasan tentang isu itu dan memohon maaf kerana ceroboh gereja serta kelemahan pihaknya mengendalikan perkara itu."
Yang lagi kelakau..
Naib presiden MCA, Gan Ping Sieu pun berkata, "tindakan Jais mencerminkan sikap pakatan pembangkang yang berfikiran sempit serta tebal dengan semangat kedaerahan."

BESAU tergelak besau.. 
Hahaha...

Sekarang BESAU nak tanye,
Ape pendirian rasmi Umno Barisan Nasional dalam isu ini?
Satu sudut, Umno menuduh PAS tidak menjaga aqidah umat Islam.
Rakan baiknya MCA pula menuduh PAS untuk perkara sebaliknya.

BESAU yakin, rakyat laa ni tak tahu apa pendirian BN, khususnya Umno dan MCA dalam isu ini selain sibuk menyerang PAS?
Ada sesiapa dari sana boleh tolong jawab
..BESAU ORANG MUDE..


powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme