MCA Semakin Meroyan!
9:52 PM
Akal
,
0 Comments
"cadangan untuk memperluaskan undi kepada rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara adalah tidak munasabah kerana mereka menerima MAKLUMAT YANG MERAGUKAN."
Ini adalah kenyataan dari Majlis Tertinggi MCA.
HAHA..
MCA ni tak habis lagi meroyan!!
BESAU tengok MCA ni semakin hari semakin tak relevan.
Semakin hari semakin sasau.
Semakin hari semakin masuk air.
BESAU ingat mungkin dah terlalu lama MCA berkawan dengan UMNO, tu yang dah jadi macam lembu tu.
Haha..
KUALA LUMPUR – MCA tidak menyokong cadangan rakyat Malaysia di luar negara, dibenarkan mengundi dalam pilihan raya umum (PRU), sebab mereka tidak tahu per kembangan negara ini.
Pandangan dikemukakan Ahli Majlis Tertinggi MCA, Datuk Ei Kim Hock sewaktu pendengaran awam pertama Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya di sini semalam.
Katanya, parti itu memandang serius perkara itu kerana mereka yang tinggal di luar negara, tidak mengikuti per kembangan dalam negara dan tidak memahami sepenuhnya situasi di negara ini.
“Soal keyakinan tidak timbul tetapi persoalannya adalah sumber maklumat diperoleh mereka itu diragui.
“Kami meragui jenis maklumat yang mereka peroleh dan berpendapat hala tuju negara ditentukan oleh mereka yang tinggal di dalam negara. Pengundi menetap di luar negara tidak harus dibenarkan mengundi,” katanya.
MCA adalah kumpulan kedua, selepas Majlis Belia Selangor, mengemukakan cadangan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen di sebelah pagi, semalam.
Bagaimanapun, cadangan MCA itu dibidas wakil pembangkang, Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke, yang tidak bersetuju kerana katanya rakyat Malaysia berada di luar negara juga perlu diberikan peluang mengundi.
Beliau berkata, dunia tanpa sempadan, membolehkan rakyat Malaysia di luar negara mengetahui situasi semasa di dalam negara.
“Rakyat Malaysia di luar negara bukan sahaja melayari laman sesawang alternatif, tetapi laman sesawang media arus perdana, Mereka juga perlu diberikan peluang dan ruang untuk mengundi,” katanya.
Pandangan yang sama turut dikemukakan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Cho Keong, cadangan MCA itu hanya menafikan hak warganegara Malaysia untuk mengundi.
Dalam pada itu, MCA turut menyuarakan pandangan bersikap berkecuali terhadap penggunaan dakwat kekal sewaktu pilihan raya.
Kim Hock berkata, ia bergantung kepada keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya sama ada untuk terus menggunakan dakwat kekal atau sebaliknya.
Jawatankuasa Pilihan Khas yang diumumkan penubuhannya bulan lepas, dianggotai lima wakil kerajaan, tiga wakil pembangkang dan seorang wakil bebas yang dipengerusikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili. SH
Haha..
MCA semakin meroyan..
0 Response to "MCA Semakin Meroyan!"
Post a Comment
terima kasih
Note: Only a member of this blog may post a comment.