UiTM sokong Pakatan Rakyat, UMNO Ternganga..





Najib kecewa dengan sikap alumni UiTM yang menyokong perjuangan Pakatan Rakyat selepas menamatkan pengajian di UiTM. Najib berkata bahawa pelajar UiTM tersebut melupai jasa yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional yang membela golongan tersebut sehingga mereka berjaya menamatkan pengajian.

Sekarang ini UMNO jangan ingat mereka sahaja yang memberikan pendidikan. Jelaslah sekarang bahawa UiTM ialah Universiti Teknologi Melayu dan bukannya sebuah institusi milik kerajaan. UMNO tidak dapat membezakan kerajaan dan parti.

Najib rasa terkilan dengan 500,000 alumni UiTM yang menyokong Pakatan Rakyat. Najib menganggap mereka ini telah derhaka kepada kerajaan Barisan Nasional dan sekali gus tidak percaya dengan UiTM lagi. Najib berucap ketika menyampaikan ucapan sempena merasmikan Mula Kerja di tapak projek UiTM kampus Jasin.

Dengan bongkak lagi, Najib berkata bahawa semenjak dahulu lagi kerajaan Barisan Nasional membela nasib anak melayu ini yang datang dari latar belakang petani, peladang, nelayan dan sebagainya.Beliau juga berkata, selama ini Barisan Nasionalah yang mengubah nasib anak bangsa.

Sekali dengar macam kasihan pada Najib. Terdesak sehingga mengungkit bahawa UiTM itu yang membentuk masa depan anak bangsa. Anak bangsa yang rosak jugalah datang dari didikan UMNO/BN. Najib berucap seolah-olah UMNO/BN yang memberikan rezeki sedangkan membelakangkan Islam.

Diharapkan Najib jangan syok sendiri dan menganggap UiTM itu universiti keris mereka lagi. Kebanyakkan yang belajar di UiTM adalah dari kalangan golongan yang ingin belajar tetapi pemikiran UMNO/BN seperti orang gila meroyan. Terdesak yang amat sangat.





Katakan Tidak kepada Ali Rustam AUUM...

'Ceramah' Ali Rustam yang dihadiri lebih dari 30orang. Rakyat Melaka dah tahu mentaliti Bapa Rasuah ini.


Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka sudah berkali-kali menawarkan diri untuk berdebat dengan UMNO Melaka. Malah pernah juga menerima tawaran untuk berdebat. Tapi, Datuk Ali Perasuah kerapkali mengecewakan Pakatan Rakyat dengan menarik diri dari berdebat. Dan juga mengecewakan rakyat melaka.


Ini pula ceramah Pakatan Rakyat pada malam yang sama. Kehadiran dianggarkan melebihi 3000 orang.


Walaubagaimanapun, rakyat Melaka sangat memahami Datuk Ali ini. Minda kelas rendah.
Corak pemikiran yang lemah ini sangat membimbangkan rakyat Melaka. Terutamanya apabila projek-projek mega di Melaka banyak menjadi projek Gajah Putih. (klik sini) Akibatnya, hutang Negeri Melaka meningkat dari tahun ke tahun.

Sebagai rakyat Melaka yang prihatin, Besau menyeru agar Datuk Ali banyakkan minum madu setiap hari, makan kismis dan makan kurma, dalam usaha membaiki cara berfikir.

Kalau Datuk Ali masih mengekalkan cara berfikir beliau, maka Besau yakin rakyat Melaka akan bertindak menghukum 'mereka yang tidak ingin berubah'.


Keh keh keh.. Aku suka ber0k ini.. Ape kau susah?

Ejen Perubahan Yang Diperlukan



Asmaa Mahfouz, ada cara tersendiri menggerak reformasi. Anda bagaimana?



"Aku salute Asmaa Mahfouz. Asmaa Mahfouz bersungguh-sungguh mencabar kelakian pemuda Mesir. Asmaa Mahfouz gadis berusia 26 tahun, gadis muda yang aktif dalam gerakan pembaharuan di Mesir. Serikandi ini terkenal dalam gerakan pro demokrasi pembebasan Mesir di dalam jaringan sosial. Asmaa adalah salah seorang pengemudi group “Gerakan Pemuda 6 April” di dalam facebook. Group ini di bentuk untuk menyokong pekerja buruh di El-Mahalla El-Kubra–pusat industri di utara kota Cairo semasa pekerja buruh mogok pada 6 April 2008.

Akibat terlalu aktif menentang kerajaan rejim Mubarak, seperti di Malaysia juga beliau tidak terlepas dari ugutan pemerintah rejim pro APCO Israel itu. Beliau dan keluarga menerima tekanan dari pemerintah rejim itu. Kerjaya Asmaa sebagai akauntan juga diragut oleh pemerintah. Akibat aktiviti politiknya itu, Majikannya Al-Shaimaa memecat Asmaa.
Dalam tempoh waktu 19 hari revolusi Mesir, Asmaa bertindak aktif menyuarakan gerakan pro demokrasi dalam laman sosial seperti Youtube, twitter dan facebook dalam usaha menjatuhkan diktator Mubarak. Usahanya menyuarakan suara demokrasi cukup berkesan sehingga pemerintah baru Mesir ingin berjumpa dengannya tetapi pelawaan itu ditolak Asmaa. Diharap rakan-rakan blogger pro Pakatan Rakyat dapat menjadikannya sumber inspirasi untuk berblogging lebih mantap dalam usaha menumbangkan kerajaan rejim UMNO BN.

Video Asmaa dimuat turun ke laman youtube pada 16 Januari mampu menggerakkan rakyat keluar rumah turun ke jalan raya. Dalam rakaman video itu Asmaa menceritakan tentang empat warga Mesir yang membakar dirinya sendiri sebagai bentuk protes terhadap kemiskinan, kelaparan, dan kezaliman yang dilakukan pemerintah. Ini satu idea yang baik untuk diaplikasikan di Malaysia. Awek-awek cun sekalian ayuh luahkan ketidakpuashatian anda terhadap kekejaman, kezaliman yang telah diperlakukan terhadap rakyat oleh UMNO BN di dalam laman sosial youtube. Pasti para pemuda bangun melawan. Bunyi macam lawak bodoh. Bodoh-bodoh pun ia adalah perkara yang serius bagi UMNO BN sehingga kerajaan rejim mahu memperluaskan akta mesin cetak meliputi facebook, twitter dan youtube. Semestinya individu seperti Asmaa adalah berbahaya kepada kerajaan bersifat diktator.

Sambung cerita awek cun si Asmaa tadi. Setelah video tersebut dimuat turun ke dalam youtube, Asmaa datang ke Dataran Tahrir secara bersendirian sambil memegang poster yang tertera nombor telefonnya dan mengajak mereka yang lalu lalang di Dataran Tahrir bergabung dengannya untuk protes tetapi hanya tiga pemuda sahaja bersamanya ketika itu. tetapi malangnya, seperti amalan negara-negara diperintah oleh rejim macam Malaysia juga, mereka berempat ditangkap oleh polis Mesir.

Setelah dilepaskan, Asmaa bertambah semangat dan menyeru rakyat turun protes. "Orang-orang yang mengorbankan dirinya sendiri ini (empat orang Mesir yang membakar diri) tidak takut mati. Tapi kita takut kepada pihak berkuasa. Bayangkan! Apakah Anda juga seperti itu?"

"Saya tidak akan membakar diri. Jika pihak berkuasa yang akan membakar saya, biarkan mereka datang dan melakukannya. Kalau Anda lelaki sejati, datang dan bergabunglah dengan saya pada tanggal 25 Januari." Asmaa betul-betul mencabar kelakian pemuda Mesir. Di Malaysia belum ada lagi awek mencabar kelakian pemuda Malaysia.

"Kalau ada kaum perempuan tidak ikut protes kerana mereka akan kena pukul, biarkan lelaki yang menunjukkan kehormatan dan martabatnya dengan bergabung dengan saya pada tanggal 25 Januari," demikian ajakan Asmaa dalam rekaman videonya. Betul-betul mencabar kelakian pemuda Mesir! ayuh awek Malaysia!

"Kehadiran Anda bersama kami akan membuat satu perubahan. Ajaklah jiran, teman dan keluarga untuk datang. Jangan hanya duduk di rumah dan menonton berita atau berfacebook yang hanya akan merendahkan kita."

"Jika anda lelaki terhormat, anda perlu datang, melindungi kami dan kaum perempuan semasa protes. Kalau anda hanya diam di rumah, anda akan merasa menyesal pada negara dan rakyat. Anda bertanggung jawab atas apa yang akan terjadi pada kami di jalan ketika anda cuma duduk saja di rumah," ujar Asmaa. Salute Asmaa!

Ternyata warga Mesir bersemangat, puluhan ribu turun ke jalan raya pada 25 Januari. Dunia menyaksikan sebuah gerakan rakyat yang berubah menjadi revolusi Mesir. Malangnya di Malaysia, awek-awek di sini popular di youtube hanya dengan bakat nyanyian sahaja. 



Sumber: Tranungkite

Datuk Ali pilih 'kucing' sebagai Calon..





Mesra cukup mesra, namun lihatlah.. Ia sebenarnya digari.. 

Saya tidak samakan Datuk Ali dengan kera. Masing-masing ada kegemaran masing-masing.
Sebagai contoh, lihat gambar-gambar dibawah:




Projek tak henti-henti.


 siang dan


.
.
.
.
.

malam..

Yang elok diganti dengan yang elok.
Yang cantik digantikan dengan yang cantik.
Dah berhutang ditambahnya lagi HUTANG..

Besau: Datuk Ali jangan hutang banyak sangat. Kang tak cukup nak bayar monorel, litar go-kart, kos pentadbiran Lapangan Terbang 'Antarabangsa' Melaka, Pameran kereta antik dan lain-lain..
Kami rakyat Melaka, tidak mahu lagi berhutang.





Gambar di sekitar Merlimau.




RTM selaku lidah rasmi kerajaan UMNO diberi layanan yang setimpal dari petugas-petugas PAS.
Gambar ketibaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ke Markas Induk PAS.


Ketika tenang..
Merlimau bakal menyaksikan lambakan kenderaan semasa tempoh berkempen kelak.




RTM diberi layanan yang setimpal (walaupun mereka merupakan lidah rasmi BN).
Gambar: Ketibaan Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat ke Majlis perasmian Markas Induk PAS N27, Merlimau.





Kereta perang MBMB yang masih kelihatan 'tersadai' di bandar baru Merlimau.









Terima kasih kepada Polis yang bertugas. Menjaga banner PAS daripada dirosakkan dan diprovokasi oleh pihak-pihak yang melampau. Kimma.. AUUM..





powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme