Salahguna wang zakat RM13.85 juta: Rakyat Melaka Berang

Orang Melayu dan Islam di Melaka wajib berang dengan tindakan pihak berwajib yang menyalahgunakan duit zakat negeri Melaka bukan pada jalan yang diharuskan syarak.

Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Yusof Wajab berkata tindakan pihak berwajib menggunakan duit zakat untuk membina kompleks Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang berharga RM13.85juta amat dikesalkan.

"Fakta ini bukan kita ambil dari kaki lima, tetapi ia dilaporkan dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara 2010 bagi negeri Melaka"

"Lebih malang apabila isu ini dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mereka menyatakan tiada unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa. SPRM memberikan jawapan bahawa wang RM13.85 juta yang digunakan untuk membina Bangunan MAIM tersebut adalah wang lebihan Zakat."

"Ini jawapan yang diberikan oleh SPRM kepada Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari, mana dalil dan nas yang mengharuskan wang zakat digunakan untuk membina bangunan MAIM?" ujar Yusof.

Yusof berkata umat Islam Melaka mesti bangkit mengajar kerajaan negeri, MAIM dan Puzat Zakat Melaka pada Pilihanraya Umum akan datang.

"Kalau wang zakat pun mereka berani seleweng dan salah gunakan sudah tentu wang lain juga bakal menjadi mangsa kerakusan puak-puak yang tidak bertanggungjawab ini" tambah beliau.

-Mutaligat

GEMPAR!! Majlis baca Yasin kene mohon permit

Apa nak jadi dengan 'negara Islam' Malaysia ini. Muslimat hendak mengadakan program bacaan yasin di kampung pun kena mohon permit. Nampak jelas kezaliman semakin ketara di saat kumpulan tertentu semakin terhakis pengaruhnya. 
Apakah negara ini akan menjadi lebih dahsyat dari Mesir, Libya dan Tunisia serta Iraq satu hari nanti yang menzalimi ulama dan pejuang-pejuang Islam.
Mengapa benci benar mereka kepada program-program Islam.....????

Harakahdaily melaporkan bahawa kira-kira 50 wanita tempatan yang mahu mengadakan majlis bacaan Yaasin di sebuah rumah di Kampung Kasar, Pasir Mas hari ini terkejut apabila didatangi seseorang yang memberi amaran.
Orang terbabit didakwa membawa surat daripada Balai Polis dengan meminta supaya memohon permit terlebih dahulu sebelum majlis bacaan Yassin diadakan.

Seorang muslimat yang mahu dikenali sebagai Mak Ngah berkata, semua wanita yang hadir pada program bacaan Yassin yang diadakan sejak dahulu lagi itu terkejut besar.
“Kami terkejut dengan kedatangan orang terbabit membawa surat amaran supaya memohon permit terlebih dahulu sebelum bacaan Yassin diadakan.

“Ramai hairan bagaimana orang terbabit boleh muncul secara tiba-tiba, sedangkan program bacaan Yaasin sudah diadakan sejak sekian lama,” katanya di sini.
Menurutnya orang yang datang membawa surat itu meminta supaya memohon permit di Balai Polis seminggu sebelum program bacaan Yaasin diadakan.

“Apakah selepas ini orang ramai yang datang majlis tahlil atau membaca al Quran kepada orang yang sedang nazak pun kena mohon permit terlebih dahulu,” katanya kesal.
Mereka meluahkan rasa hairan program keagamaan pun cuba disekat sedangkan ia menjadi amalan bagi setiap orang Islam.

Sementara itu Penasihat Undang-undang PAS Kelantan, Hisham Fauzi berkata, tidak sepatutnya program keagamaan diganggu kerana ia terletak di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam.
Menurutnya beliau curiga terhadap kehadiran orang terbabit di majlis bacaan Yassin muslimat kerana program keagaamaan tidak memerlukan permit polis.

”Pasukan peguam PAS akan menyiasat kes tersebut sama ada ia membabitkan pihak tertentu atau berlaku kes penyamaran bagi mengugut program anjuran muslimat,” ujarnya.

-Mutaligat

Ketua Wanita UMNO paling berpengaruh.


Sharizat sengseng lengan. Wanita pertama UMNO. BESAU yakin, hayat politiknya sudah di penghujung.

Makan Angin guna Wang Rakyat: Apa kata pencacai UMNO Melaka?

Pagi tadi Pakatan Rakyat Negeri Melaka mengadakan bantahan secara aman terhadap tindakan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) yang membelanjakan duit rakyat untuk lawatan ke Perth, Australia.

Bantahan aman tersebut disertai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kesidang, Goh Leong San, Adun Bachang, Lim Jak Wong; Adun Bandar Hilir, Tey Kok Kiew; Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him; Yang Dipertua PAS Kota Melaka, Harun Mohamed, Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Kati, Yusof Wahab, Timbalan Ketua Penerangan PKR Melaka, Freedie Lim Seong Hoe, Ginie Lim dan penyokong-penyokong PR.
Pencacai Umno.
Beberapa orang 'pencacai' Umno (kanan) cuba menganggu himpunan bantahan aman tersebut tetapi disuraikan oleh anggota Polis yang bertugas. Para peserta himpunan diberi masa 5 minit untuk menyatakan bantahan tersebut..

Mereka melaungkan kata-kata yang tidak sedap didengar yang kebudak-budakan dan menggelikan.

Bila rakyat mengadu kepada MBMB dan MPHTJ tentang masalah banjir, longkang dan sebagainya seringkali mereka memberikan alasan tiada peruntukan untuk mengatasi masalah tersebut.Ternyata duit rakyat dibazirkan begitu sahaja. 

Sikap membazir dan menggunakan duit rakyat seperti duit mereka sendiri inilah menyebabkan Melaka terus mengumpulkan hutang mencecah RM825juata sehingga 2010. Tidak mustahil hutang Melaka akan meningkat kepada RM1bilion pada tahun 2011. Lebih malang Melaka langsung tidak membayar hutang kepada kerajaan pusat pada tahun 2010.

- Mutaligat

Bantahan terhadap tindakan MBMB dan MPHTJ yang melancong ke Perth, Australia dengan menggunakan wang rakyat.
-Lihat minit 2:00 hingga 3:00 untuk melihat sikap pencacai UMNO.-



BESAU kesian kat pencacai UMNO ni.
Entah2, pencacai ni yang pergi ke Perth dengan duit rakyat tu kot??

-Sumber, teman BESAU

Lihat Malaysiakini

Tanah runtuh di Melaka

ALOR GAJAH – Bunyi dentuman kuat mengejutkan sebuah keluarga yang sedang tidur sebelum mendapati tanah bersebelahan rumah mereka runtuh di Taman Rajawali, Durian Tunggal, dekati sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.55 malam itu, runtuhan tanah terbabit turut ­mengakibatkan tembok batu sebuah rumah banglo yang dalam pembinaan runtuh berikutan kedudukannya di tebing bukit terbabit.

Saksi kejadian, Sazali Hishamuddin, 35, berkata, dia bersama isteri, Norashikin Abd Rahman, 34, dan empat anak berusia dua hingga 10 tahun sedang tidur sebelum terdengar dentuman kuat.

Menurutnya, dia dan isteri bergegas keluar rumah dan mendapati tebing setinggi kira-kira lapan meter sudah runtuh.

“Keadaan agak panik dan saya segera membawa anak-anak keluar dan bersyukur runtuhan tanah itu tidak merosakkan mana-mana bahagian tepi rumah saya serta tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.

“Sebelum ini tiada tanda awal seperti rekahan pada tembok batu yang memungkinkan akan berlakunya runtuhan tebing bukit menempatkan sebuah rumah banglo masih dalam pembinaan,” katanya.

Pemilik banglo, Amran Abdullah, 43, berkata, dia bergegas dari Tangkak ke ­tempat kejadian selepas dimaklumkan seorang adiknya kira-kira jam 1.10 pagi semalam.

Menurutnya, dia terkejut apabila melihat keseluruhan tembok di tepi rumahnya yang dibina kira-kira setahun lalu sudah runtuh.

“Banglo ini sudah siap 95 peratus dan masih di bawah tanggungjawab kontraktor berikutan saya belum menandatangani sebarang dokumen.

“Selepas mendapatkan khidmat nasihat, masalah ini akan diselesaikan secara ­perlahan-lahan,” katanya.

Amran berkata, menganggap kejadian berlaku memberikan hikmah besar buat dia sekeluarga kerana perancangan awalnya, dia akan mula memasuki kediaman terbabit pada 1 Muharam lalu, namun menangguhkan niat itu.

“Jika tidak, pasti ada perkara buruk yang berlaku berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Pulau, Durian Tunggal, Roslan Ahmad berkata, kejadian ­tanah runtuh pertama kali berlaku dan bersyukur tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.

Menurutnya, kebiasaannya jalan belakang menjadi jalan utama penduduk taman sebagai jalan singkat dan bernasib baik ketika kejadian tiada kenderaan melaluinya.

“Saya berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat mengambil tindakan ­segera ke atas kejadian tanah runtuh ini kerana jarak tebing ini terlalu dekat dengan rumah penduduk dan tidak mahu perkara tidak diingini berlaku.

“Kita mungkin tidak sedar sekiranya terdapat kanak- kanak yang akan bermain ­berhampiran tanah runtuh itu lebih-lebih lagi musim hujan sebegini pelbagai perkara boleh berlaku,” katanya.

Melakadaily

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme