Rasuah dan kapal selam
4:10 PM
Akal
,
0 Comments
Wah.. Kapal selam tuu..
BESAU suke.
Tahniah la kerajaan negeri Melaka.
BESAU setuju tindakan kerajaan negeri Melaka yang bawa kapal selam untuk dijadikan muzium. Supaya rakyat Melaka boleh menambah ilmu pengetahuan tentang kapal selam, boleh memahami bagaimana anggota pertahanan berjuang mempertahankan negara. Selin menjadi daya tarikan pelancong.
Cume yang BESAU tak berkenan adalah pengurusan yang tompang, ketirisan dan rasuah yang wujud dalam projek nih.
BESAU bukan ape, bile dengau nama Datuk Ali je, terus BESAU teringat RASUAH.
ingat Datuk Ali, ingat RASUAH.
ini hanya pendapat peribadi BESAU.
BESAU orang mude Melaka..
MELAKA: Pembinaan projek Muzium Kapal Selam di Dataran 1Malaysia Klebang, di sini, yang menelan belanja RM12.6 juta dijadual siap 17 Disember ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, kapal selam SMD Ouessant jenis Agosta 70 akan dibawa naik ke darat melalui jeti sementara yang akan dibina pada minggu ini bagi membolehkan kerja mengecat dilakukan.
Menurutnya, sebagai permulaan, satu pameran kapal selam berkenaan akan dibuka kepada orang ramai selama 10 hari bermula 22 November ini.
“Selepas itu, pameran ini akan dihentikan dalam tempoh dua minggu bagi membolehkan Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) menjalankan kerja mengecat keseluruhan kapal selam itu.
“Penduduk tempatan khususnya masyarakat di sekitar Klebang wajar memanfaatkan kemudahan baru itu yang bertujuan menarik lebih ramai kunjungan pelancong luar melawat Melaka pada setiap tahun,” katanya ketika melawat perkembangan tapak projek pembinaan Muzium Kapal Selam di sini, semalam.
Beliau berkata, usaha memperkenalkan Muzium Kapal Selam itu seiring dengan komitmen kerajaan negeri untuk mempelbagai produk pelancongan negeri sejajar dengan status Melaka sebagai destinasi tumpuan pelancong di negara ini.(SUmber Metro)
0 Response to "Rasuah dan kapal selam"
Post a Comment
terima kasih
Note: Only a member of this blog may post a comment.