MBMB pilih bulu terbaik!
7:41 PM
Akal
,
0 Comments
Tiada istilah yang lebih sesuai untuk BESAU gambarkan kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarh (MBMB). Dalam banyak2 bulu, MBMB akan memilih 'bulu' yang paling lumayan bayarannya, "ko dapat bulu, aku dapat bulu", "ko papa, aku pancung". Apa sejadahnya MBMB buat undang2 rimba yang 'double standard'?
Ini yang berlaku di Melaka.
BESAU pun berniaga jugak. Tapi BESAU pun ada hati dan perasaan.
Kalau BESAU kene follow da rule, kene ikut undang2, apsal 'bulu'2 ni ikut suke hati langgau undang2. Dan tak dikenakan tindakan?
BESAU pun nak tau, ape jenis 'bulu' yang MBMB giurkan.
Haha..
MELAKA 9 Nov. – Aduan telah banyak kali dibuat, keluhan pengguna pun sudah muak disiarkan, tetapi situasinya tetap sama.
Soalnya, mengapa tindakan tidak diambil oleh pihak berwajib walaupun kesalahan yang dilakukan, ibarat sudah terang lagi bersuluh.
Pemandangan kerusi dan meja yang dipasang 24 jam di kaki-kaki lima seperti sudah menjadi perkara biasa sejak bertahun-tahun lalu di sekitar Melaka Raya, terutamanya Jalan Melaka Raya 4.
Yang peliknya, pihak berkuasa tempatan (PBT), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sudah mengakui, tindakan itu memang menjadi satu kesalahan.
“Kita memang tidak mengeluarkan lesen untuk membolehkan peniaga meletakkan apa-apa halangan seperti kerusi dan meja makan di kawasan kaki lima premis. Ia memang menjadi satu kesalahan.
Itu penjelasan ringkas yang diberikan Setiausaha MBMB, Azmi Hussein apabila masalah yang bukan baru itu diadukan wartawan Utusan Malaysia kepadanya baru-baru ini.
Azmi lantas terus menghubungi anggota penguatkuasanya bagi memeriksa aduan tersebut.
Sebelum ini pun, berpuluh-puluh cerita mengenai halangan yang dilakukan pemilik-pemilik restoran ini dengan meletakkan meja dan bangku di laluan pejalan kaki disiarkan media.
Tidak cukup dengan siaran di akhbar, kisah sama ini diadukan pula secara terus kepada pegawai yang berkenaan.
Namun, apa yang dikesalkan, sehingga kini, tiada sebarang tindakan diambil terhadap peniaga terbabit.
Agak lucu pula, apabila tiga atau empat buah motosikal yang diletakkan di kaki lima yang langsung tidak menghalang lalu lintas pula yang dikompaun.
Sedangkan pada masa sama, pengusaha restoran yang melakukan kesalahan itu terus bermaharajalela.
Pejalan kaki pula, yang sepatutnya mempunyai hak menggunakan kaki lima premis itu terpaksa berkongsi laluan dengan pengguna jalan raya sekali gus terdedah kepada kemalangan sekiranya dilanggar kereta ataupun motosikal.
Selain terdedah kepada cuaca panas atau hujan, lebih malang, pejalan kaki juga berisiko menjadi mangsa ragut.
Daripada aspek kebersihan pula, golongan peniaga juga didapati mengotorkan kawasan luar premis kedai dengan air basuhan pinggan mangkuk atau barangan perniagaan mereka.
Keadaan ini juga mencacatkan pemandangan indah bandar Melaka kerana ia secara tidak langsung mewujudkan ketidakseragaman premis perniagaan apabila bunting, bumbung dan payung dipasang sesuka hati.
Mungkin pihak berkuasa telah mengambil tindakan, tetapi sampai bilakah jawapan ‘terdapat peniaga yang masih berdegil walaupun telah beberapa kali dikompaun’ perlu diberikan?
Atau ‘akan mengambil tindakan lebih tegas dengan merampas barangan peniaga yang masih berdegil’, tetapi hakikatnya, peniaga terus beroperasi siang dan malam tanpa rasa takut.
Justeru, adalah diharap agar Datuk Bandar MBMB sendiri turun padang melihat situasi sebenar dan melihat sendiri kerakusan para peniaga merampas laluan pejalan kaki demi keuntungan mereka.
Sila bace sumber la bro...
0 Response to "MBMB pilih bulu terbaik!"
Post a Comment
terima kasih
Note: Only a member of this blog may post a comment.