Bongkar Lawak UMNO dalam Sejarah.

 



BESAU nak pesan, jangan sesekali bersekongkol dengan penjajah!

Meh sini BESAU kongsi lawak puak-puak BN...
  • Semua fakta sejarah yang bersama Inggeris dikekalkan.
  • Nama-nama parti politik masih menggunakan bahasa penjajah (Umno, MIC, MCA – semua adalah singkatan bahasa Inggeris)
  • Masih bangga dan berulang-ulang menyebut “Kamilah pejuang bangsa, Kamilah pembela tanahair”. Sekarang, dah tukau pulak da.. “Kami sahajalah pejuang bangsa, Kami sahajalah pembela tanahair” sehingga mengabaikan dan menggugurkan jasa para pejuang lain yang tidak diiktiraf pihak Inggeris.

Itu satu hal, ni BESAU nak tunjuk pulak puak-puak BN dalam bab nak jaga Islam. 

Selepas 54 tahun merdeka, Islam bukan sahaja tidak bertambah harum, malah kian dilihat sebagai agama yang menghalalkan rasuah dalam pentadbiran, penyalahgunaan kuasa demi kekal berkuasa, rakyat didahulukan untuk disembelih apabila ekonomi negara disalahtadbir dan perundangan Islam hanya berlegar soal peribadi dan kekeluargaan. 

BESAU tambah lagi, 

bukan itu je, majoriti institusi agama habis dikongkong untuk mengembangkan ajaran Islam. Macam-macam jenis enakmen direka yang menyusahkan dan akhirnya agama Islam ditertawakan.

Cukuplah UMNO diketawakan. Jangan la Islam pun dibiarkan setempat dengan UMNO.

Ni BESAU nak tanye sikit..

Bangga tak 54 tahun merdeka? Tapi, isu-isu utama seperti soal perpaduan kaum, soal agama dan dasar pendidikan nasional dan soal memartabatkan bahasa kebangsaan masih teraba-raba mencari jalan keluar?


Akhir sekali, BESAU menyeru kepada pembaca agar dapat gelak bersame-same..
Hahahahaha...

Sibuk-sibuk nak lucutkan kerakyatan, perbanyakkan laporan polis dan sumbatkan dalam ISA. Ini dibuat hanya sebab bercanggah pendapat dengan pihak pemerintah UMNO.

BESAU tengok dah jadi trend daaaa... Jadi budaya baru dalam negara. Segalanya dibuat seperti UMNO lah undang-undang, dan UMNO lah pendakwa dan UMNO lah juga hakim.

Ni, kes nak gugurkan kerakyatan Mohamad Sabu. Pasal ape??
Beliau mengangkat Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. Takde pulak kedengaran, ada yang menyarankan mereka yang terlibat dalam konspirasi memberikan kerakyatan kepada warga asing dengan sewenang-wenangnya, yang terang-bederang khianat kepada negara selepas 54 tahun merdeka untuk dibuang kerakyatan?


Dan satu lagi lawak BESAU....
Kah kah..

Sekiranya perlu Mat Sabu digugurkan kerakyatan kerana anggap Mat Indera sebagai seorang hero, macam mana pulak dengan penulis dan pakar sejarah yang menerbitkan buku "Pengukir Nama Johor", yang dikatakan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman sebagai “penulisan dan catatan tersebut menjadi bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik untuk memperkayakan khazanah maklumat dan rakaman peristiwa sejarah kemerdekaan untuk tatapan dan pengetahuan generasi sebagai iktibar, panduan dan peringatan” yang mengangkat Mat Indera juga sebagai hero.

Hahaha...
Lu pikirlah sendiri..

BESAU nak sambung keje..

Salam Lebaran, ikhlas dari BESAU.


powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme